MBI Selangor memiliki rangkaian syarikat yang terlibat dalam pelbagai jenis portfolio perniagaan bagi menjana pendapatan. Di samping itu MBI Selangor juga turut memiliki organisasi yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat sebagai komitmen tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri terhadap rakyat Selangor.