Sejajar dengan visi Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar di rantau ASEAN Menjelang tahun 2025, MBI Selangor telah membuat inisiatif dalam meningkatkan kualiti hidup serta mengembangkan sosio-ekonomi dan pendidikan. Usaha ini adalah komitmen berterusan MBI Selangor dan anak-anak syarikatnya dalam membantu Kerajaan Negeri untuk memajukan negeri sambil menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Selangor.

INISIATIF BAHARU

SELANGOR KERJAYA

Menyediakan 10,000 peluang pekerjaan bersesuaian dengan Industri 4.0 melalui kaedah new skill, upskilling dan reskilling.

SELANGOR E-SPORTS

Memangkin ekosistem esports dengan penganjuran acara kejohanan amatur, serta pemberian latihan & bimbingan kepada belia untuk memasuki industri esports sama ada sebagai pemain, pengulas, pengurusan pasukan, pengurusan acara, dan lain-lain.

SELANGOR INNOVATION FUND

Membawa masuk teknologi tinggi ke negeri Selangor melalui kaedah pelaburan modal teroka. Selain sokongan kewangan, Selangor Innovation Fund juga akan memangkin pertumbuhan syarikat-syarikat permulaan teknologi ini dengan memberi akses kepada ekosistem Selangor seperti infrastruktur awam, syarikat-syarikat berkenaan kerajaan Selangor, penjawat awam, dan rakyat Selangor.

E-PEMBEKALAN PERUNCIT & MIKRO KECIL

Membantu peruncit mikro dan kecil untuk mendapatkan bekalan dengan lebih mudah, murah dan cepat melalui kaedah dalam talian dan memberikan kemudahan pinjaman mikro kredit dari Hijrah Selangor untuk peruncit untuk membeli stok.

SELANGOR E-KITCHEN 2.0

Membantu penjaja/ peniaga kecil (PKS Mikro) untuk terus beroperasi secara dalam talian bagi memperluaskan akses pasaran bagi mengukuhkan pendapatan dan menjalankan operasi dengan lebih kompetitif dan efisyen.

SELANGOR FREELANCER

Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang fleksibel dan / atau pendapatan tambahan untuk rakyat Selangor dengan mempromosikan ekonomi gig untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh freelancers, pemberian insentif kewangan tambahan dan bekerjasama dengan platform ekonomi gig yang berwibawa.

RAKAN DIGITAL

Membantu rakyat Selangor mengadaptasi digitalisasi dalam kehidupan seharian untuk memudahkan, memperkayakan & meningkatkan kualiti hidup serta membina minat di kalangan rakyat Selangor untuk menggunakan teknologi 5G supaya rakyat Selangor akan lebih bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0

DATA INTERNET SELANGOR

Meningkatkan aksesibiliti dan kemampuan internet golongan sasar untuk kegunaan produktif seperti perniagaan dan pembelajaran melalui aplikasi penciptaan pendapatan.

SELANGOR AUTOMOTIVE (TVET)

Mengurangkan kadar pengangguran belia di Selangor dengan mencipta 2,000 peluang pekerjaan untuk graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Selangor dalam bidang automotif.