MENGENAI KAMI
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No: 3 1994) pada 21 September 1994. MBI Selangor merupakan sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.