Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau Selangor Technical Skills Development Centre merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.
STDC dahulunya dikenali sebagai INPENS International College (INPENS) merupakan pusat latihan yang menumpukan kepada bidang kemahiran dan teknikal atau Technical and Vocational Education and Training (TVET) mulai tahun 2006 dimana INPENS telah beroperasi sejak 3 Jun 1993. Pada 25 Ogos 2020, INPENS telah dijenamakan semula oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari kepada nama baharu iaitu STDC.