JELAJAH #KITASELANGOR PENYAYANG (JkSP) 2023 SEMARAKKAN HUBUNGAN PEMIMPIN DENGAN RAKYAT

Program Jelajah #KitaSelangor Penyayang (JKSP) kembali lagi! 

Tahun ini ia dibahagikan kepada dua siri. Siri pertama bermula 18 Februari hingga 19 Mac 2023 manakala siri kedua akan diadakan pada 28 April hingga 14 Mei 2023. Jelajah kali ini memberi fokus untuk mendekati lebih ramai komuniti setempat terutama di kawasan penempatan yang belum pernah dikunjungi semasa JKSP sebelum ini. 

 

Program setiap hujung minggu ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di lokasi berbeza. Setakat ini, empat lokasi telah dikunjungi, iaitu Flat Seri Perantau, Klang (18 Februari), Oasis Batang Kali, Hulu Selangor (19 Februari), Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak (25 Februari) dan Dataran Esplanade Eco Grandeur, Puncak Alam, Kuala Selangor (26 Februari).  

 

Uniknya, JSP turut dihadiri oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama-sama ADUN negeri Selangor. Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk bertemu empat mata dengan rakyat dan melakukan pelbagai aktiviti bersama bagi merapatkan jurang sedia ada. ‘Break the barrier’ orang putih kata… 

 

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat juga amatlah menggalakkan. Mereka berkunjung ke reruai yang ada untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan kerajaan negeri. Antaranya, Projek Rumah Idaman, Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP), Skim Insurans Awam Selangor (INSAN) dan Jualan Ehsan Rakyat (JER). 

 

Ada pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti permainan untuk kanak-kanak, persembahan artis, pemeriksaan kesihatan percuma dan tentunya acara cabutan bertuah! 

 

Kepada semua MBIans, anda juga dijemput hadir untuk memberi sokongan dan memeriahkan kepada penganjuran JKSP 2023. Dapatkan maklumat lokasi seterusnya melalui platform media sosial rasmi MBI. Jumpa nanti ya! 

 

#MBISelangorku