YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan melalui Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 2018 (No.1 Tahun 2018, Siri 1 No.1 Tahun 2018) bagi penubuhan unit integriti & governans Syarikat Berkaitan Kerajaan, syarikat-syarikat yang dimiliki Kementerian dan agensi Kerajaan termasuk di bawah Kerajaan Negeri. Selaras dengan arahan tersebut, MBI telah menubuhkan Jabatan Integriti dan Governans (“JIG”) pada Januari 2020 bagi memperkemaskan tadbir urus MBI dan syarikat kumpulan.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah melancarkan Integriti dan Governans MBI (IG MBI) pada 11 Januari 2021 yang diadakan secara maya. Ia bertujuan sebagai bukti pendirian MBI dan Kerajaan Negeri terhadap penolakan amalan rasuah serta mengutamakan amalan integriti dalam setiap urusan yang dijalankan MBI serta kumpulan anak syarikatnya.

IG MBI akan memberikan gambaran yang jelas kepada rakan strategik dan pemegang taruh MBI terhadap etika kerja dan budaya tadbir urus yang diamalkan oleh MBI. Sistem IG MBI ini mengandungi dokumen penting seperti berikut: