SELANGOR INTERNATIONAL HALAL CONVENTION (SELHAC) 2023 KUKUHKAN LAGI INDUSTRI HALAL NEGARA 

Bertemakan “Selangor, International Halal Gateaway”, SELHAC 2023 telah dibuka secara rasmi oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Aminudin Shari pada 10 Mac 2023 (Jumaat) di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, YB Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, dif-dif kehormat, pengamal media dan wakil pemain industri halal negara. 

SELHAC dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, dan diurus oleh HIS Toyyiba Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai Halal International Selangor (HIS) yang merupakan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). 

Untuk edisi kedua ini, SELHAC 2023 tampil dengan nafas baharu. Pengisian program lebih padat dengan pelbagai aktiviti termasuklah pembukaan reruai jualan dan pameran, sesi forum industri halal dan seminar kewangan Islam, majlis penghargaan untuk pemain industri halal dan sesi rangkaian perniagaan.  

Malah, SELHAC 2023 yang diadakan pada 10 – 12 Mac yang lepas menerima lebih 8,000 orang pengunjung dengan penyertaan 200 orang pempamer. Menariknya, para pempamer ini bukan sahaja dari Selangor, tetapi juga dari negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan negara luar seperti Bangladesh, Australia, United Kingdom, Thailand, Vietnam and Kanada. 

Secara keseluruhannya, sambutan SELHAC 2023 begitu menggalakkan dan menerima maklum balas yang amat positif daripada orang ramai. Untuk edisi akan datang, kita mengharapkan lebih banyak penglibatan daripada pihak luar dan promosi yang diadakan lebih komprehensif. 

InsyaALLAH, jumpa lagi tahun depan ya! 

© Copyright - Menteri Besar Selangor Incorporated.