ANNUAL GENERAL MEETING (AGM) KSRK KALI KEDUA RAIH SOKONGAN PADU AHLI-AHLINYA 

Pada 22 Mac lalu, Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan MBI Selangor atau KSRK telah mengadakan Annual General Meeting (AGM) Kali Kedua bertempat di Aras 23, Bangunan Darul Ehsan. 

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBI, merangkap Penaung KSRK, Hajah Norita Mohd Sidek. Dalam ucapan tersebut, beliau amat berbangga dengan prestasi KSRK ketika ini dan berharap agar lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dianjurkan pada tahun 2023. 

Agenda mesyuarat kemudian diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan MBI yang baharu. Seramai sembilan orang AJK telah dilantik, lima daripadanya merupakan barisan pengurusan syarikat manakala empat ahli lagi terdiri daripada wakil KSRK sendiri. Watikah ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran. 

Mesyuarat kemudian ditangguhkan sebentar untuk ahli-ahli menjamu selera dengan juadah makan tengah hari yang dihidangkan. AGM kemudiannya bersambung pada jam 2.00 petang dengan pembentangan daripada Pengerusi KSRK, En. Kamarul Zaki Kalip@Khalid berkenaan laporan aktiviti kelab tahun 2022 dan Takwim KSRK 2023. 

Untuk pengetahuan semua, aktiviti di bawah KSRK telah dipelbagaikan bagi tahun 2023 dan tidak hanya fokus kepada aktiviti sukan, malah aktiviti rekreasi dan kebajikan juga akan diadakan. Berikut ialah senarai aktiviti bagi Takwim KSRK 2023: 

  • Februari 2023 – Zero to Hero  
  • Mac 2023 – Perlawanan bola sepak 
  • April 2023 – Aktiviti kebajikan dan kerohanian  
  • Mei 2023 – Go kart e-sport 
  • Jun 2023 – Perlawanan ping pong dan staff trip  
  • Julai 2023 – Liga badminton 
  • Ogos 2023 – Peringkat akhir perlawanan badminton 
  • September 2023 – Bowling dan Skytrex 
  • Oktober 2023 – Aktiviti paintball 
  • November 2023 – Water rafting 
  • Disember 2023 – Annual Dinner 

Agenda mesyuarat diteruskan dengan Pembentangan Kewangan yang disampaikan oleh saudara Muhammad Shamil Azhar selaku Bendahari KSRK. 

Sesi AGM kali kedua tamat pada jam 3.30 petang dan diteruskan dengan Forum ‘Period Poverty’. Forum ini menampilkan Puan Jaklin Juanis sebagai moderator dan dua orang panel undangan, iaitu Puan Fazlina Fuad, pengasas Athena Holdings Sdn Bhd dan Dr Lavanya Sivaji, Miss World Malaysia 2021. Sesi ini dikoordinasi oleh Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat. 

Banyak ilmu berkaitan haid dibincangkan pada sesi ini. Para panel turut berkongsi pengalaman mereka tentang keadaan kanak-kanak perempuan yang tidak berkemampuan ‘berhadapan’ dengan waktu haid mereka. Mendengar kisah mereka, menitis jua air mata para audiens dibuatnya…  

Forum berakhir sejam kemudian dengan para jemputan dan ahli-ahli KSRK dijamu dengan hidangan ‘hi-tea’. Semasa sesi ‘hi-tea’, semua ahli KSRK menerima pek Ramadan sempena 1 Ramadan hari esoknya.  

Dengan itu, didoakan semoga MBIans menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan keinsafan sepanjang bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa, MBIans! 

#KSRKbersamaanda 

#KSRKwithyou 

© Copyright - Menteri Besar Selangor Incorporated.