TEATER DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA BAWA ELEMEN ANTIDADAH 

 

Sejujurnya, saya amat menanti-nantikan teater komedi seram ‘Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya’. Bukan hanya kerana Ella dan suaminya yang hadir sebagai penampilan khas tetapi kerana mesej yang ingin disampaikan pengarahnya – elemen antidadah.
 
Sebagai sebuah karya kreatif, teater dijadikan salah satu medium kesedaran tentang bahaya dadah kepada masyarakat. Tetapi sejauh mana keberkesanannya? Dadah, isunya berat dan dinormalisasi dengan ceramah yang panjang dan kemudian cuba dipentaskan sebagai teater seram komedi. Bukankah mendengar tentang konsepnya sahaja sudah begitu menarik perasaan?
 
MBI sebagai salah sebuah organisasi yang sentiasa cakna akan keperluan rakyat Selangor tampil memberi sokongan. Buktinya, pada 15 Mac yang lepas kita telah bekerjasama dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor untuk mengadakan sidang media teater komedi seram ‘Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya’ bertempat di Aras 23, Bangunan Darul Ehsan.
 
Walaupun jalan cerita keseluruhannya masih samar-samar, teater ini punya daya tarikan yang tersendiri. Bahkan unsur-unsur musikal yang bakal diselitkan pasti memberi pengalaman berbeza.
 
Kepada yang berminat untuk menonton pementasan teater ini, tiket boleh dibeli melalui pautan www.myticketempire.com atau talian WhatsApp 017-705 4996. Harga tiket adalah mengikut kategori, iaitu Kategori 1 (RM60), Kategori 2 (RM80) dan VIP (RM120).

© Copyright - Menteri Besar Selangor Incorporated.