PENUTUP TIRAI JELAJAH KITA SELANGOR PENYAYANG (JKSP) FASA SATU TAHUN 2023 

Tau-tau dah tamat Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP)  untuk fasa satu tahun 2023 ni? How time flies.. Lokasi terakhir bagi JKSP fasa satu tahun 2023 telah diadakan di Dataran Niaga Bagan Terap, Sabak Bernam pada 19 Mac 2023. 

JKSP Daerah Sabak Bernam membuka tirai dengan ucapan dari EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, YB Ir Izham Hashim mewakili YAB Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari untuk JKSP di Daerah Sabak Bernam. Beliau menyampaikan ucapan tentang inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh negeri Selangor bagi menambah baik kehidupan rakyat Selangor.  

Mewakili Kerajaan Selangor, YB Ir Izham Hashim bersama CEO yang kita sayangi, Puan Hajah Norita Mohd Sidek menyampaikan bantuan Program Kembali ke Sekolah kepada beberapa pelajar di Daerah Sabak Bernam. 

Sejurus selepas itu, YB Ir Izham Hashim meluangkan masa melawat beberapa pameran di reruai termasuklah pameran program dan inisiatif MBI seperti Rumah Idaman, projek pembangunan semula Kelab Sukan Shah Alam, reruai program INSAN, reruai program Selangor Kerjaya dan bermacam-macam lagi. 

Syukur, sambutan orang ramai yang mengunjungi JKSP Daerah Sabak Bernam sangat meriah. Ditambah pula dengan sifat YB Izham yang mesra rakyat buat orang ramai lebih senang untuk berswafoto bersamanya.  

Dengar kata lepas raya bakal diadakan semula JKSP fasa yang kedua, so moh lerr kita luangkan masa bersama keluarga sambil support reruai anak-anak syarikat MBI hehehe.  

#JelajahKitaSelangorPenyayang 

#KitaSelangor 

© Copyright - Menteri Besar Selangor Incorporated.