SAMBUTAN HARI MBI DARLINGS 2023

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran (HR) dengan kerjasama Jabatan Digitalisasi, Jabatan Tanggungjawab Sosial (CSR), PLATS, dan Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan (KSRK) telah menganjurkan ‘Sambutan Hari Wanita 2023’ buat seluruh kakitangan wanita di MBI pada 13 Mac 2023 di perkarangan tingkat 23, Bangunan Darul Ehsan. 

 

Pada hari kejadian, MBI darlings diminta untuk mengayakan pakaian berwarna “Earth Tones” selaras dengan tema “Coffee”. Fuhh, sangat cantik dan manis semuanya! 

 

Demi menghargai dan meraikan kakitangan wanita di MBI, kami telah dijamu dengan juadah minum petang – pelbagai  jenis ‘dessert’ dan kaunter kopi. Selain itu, kami juga diberikan ‘shoulder massage’, ‘manicure & pedicure’ untuk semua ‘enjoy’! Tidak lupa juga kaunter ‘custom accessories’, yang menjadi kaunter kegemaran MBI darlings dek kerana Puan Hajah kita yang pemurah belanja! 😆 

 

Oh btw! Makanan dan minuman yang disediakan bukan untuk MBI darlings saja tau,  kakitangan lelaki juga dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Cumanya, massage, mani/pedi dan custom accessories tu kakitangan lelaki tak dapat lah hehe! 

 

Secara tuntas kita ambil kata-kata Puan Hajah, “A strong women stand for herself and a stronger women stand for others” satu petikan yang amat dekat di hati MBIans kerana kita menjalankan tugas bersama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. 

 

Jumpa lagi di Sambutan Hari Wanita tahun depan MBIans, ciao! 

#GirlPower 🌹 

#WomenAlwaysStrongerTogether 🌹 

© Copyright - Menteri Besar Selangor Incorporated.