JELAJAH 360° SMART SELANGOR KAJANG

KAJANG: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI Selangor”), komited untuk terus mempromosi program Smart Selangor kepada rakyat sebagai usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pintar di rantau Asia menjelang 2025.

Langkah itu perlu supaya rakyat Selangor memanfaatkan sebaiknya pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan negeri di bawah program berkenaan bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Jelajah 360° Smart Selangor juga dilihat mampu menghubungkan rakyat secara terus kepada pentadbiran negeri dan pada masa yang sama ‘service delivery’ kerajaan negeri dapat ditingkatkan.

Antara insitiatif yang diperkenalkan di bawah program itu sejak 2015 ialah sistem Intelligent Response Selangor (IRS) bagi melaporkan kes jalan berlubang, Wifi Smart Selangor, Selangor Intelligent Transport System (SITS) untuk Bas Smart Selangor, Smart Selangor Parking (SSP) dan iClean Selangor bagi Smart Waste Management.
Melalui Jelajah 360° Smart Selangor, pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung. Selain mendapat pendedahan kepada agenda Smart Selangor, pelbagai inisiatif lain termasuk Inisiatif Peduli Rakyat untuk rakyat Selangor dapat diperkenalkan dalam suasana yang lebih santai dan meriah.

Untuk edisi di Kajang ini, Jelajah 360 Smart Selangor diadakan di Stadium Kajang. Pelbagai aktiviti menarik bermula dari pagi hingga malam antaranya trak VR Smart Selangor, pameran agensi kerajaan negeri, penerangan inisiatif Smart Selangor bersama Smart Selangor Delivery Unit, Meet & Greet Persatuan Bolasepak Selangor, Pinjaman Asas Simpanan Hijrah Selangor, KDEB Smart Waste Management, Santai UNISEL serta konsert.

Konsert Alami Smart Selangor di sebelah malam dimeriahkan bersama Mark Adam, Sissy Iman, Ariff Bahran, Sandra Dianne, Datin Alyah & Ewal. Turut ditampilkan Pencetus Ummah Amin.

© Copyright - Menteri Besar Selangor Incorporated.