E-BAZAR RAMADAN SELANGOR GRAB

Pada 1 April 2020, saya telah memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan untuk tahun ini. Akibat pembatalan ini, dijangka hampir 17 ribu peniaga dan penjaja terkesan dan hilang mata pencarian.
Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membina suatu ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran iaitu Grab Malaysia. Platform digital ini dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor GRAB membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan selain dari memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian.

Konsep Bazar Ramadan Digital ini hanya membenarkan pembelian dalam talian sahaja (online) melalui aplikasi GRAB dan akan mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen). Di peringkat Kerajaan Negeri pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH.

Kerajaan Negeri percaya ini adalah salah satu usahasama strategik awam-swasta yang diperlukan saat ini bagi menghadapi norma baharu (new normal) akibat wabak COVID-19.

Diharap semua pihak dapat mengambil manfaat daripada inisiatif digitalisasi Selangor ini.

Selangor Gempur Covid-19!

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

© Copyright - Menteri Besar Selangor Incorporated.