Profil Syarikat

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994.

MBI sebagai sebuah badan korporat yang dikenali juga melalui singkatan nama “MBI Selangor”, telah ditubuhkan khusus untuk mentadbir harta dan aktiviti berunsur perniagaan yang diluar bidang kuasa pihak kerajaan negeri.

Sebagai syarikat induk, MBI memantau perjalanan operasi dua belas anak syarikat milik penuh yang merangkumi bidang pembangunan / pemaju dan pengurusan hartanah, pendidikan, pelancongan, industri carigali dan perlombongan, media cetak dan penyiaran, program kebajikan untuk rakyat, perunding pengurusan pelaburan serta pengurusan kelab golf dan rekresi.

Alamat Berdaftar

Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40502 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Alamat Surat-Menyurat

Tingkat 14, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40502 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Lembaga Pengarah

YAB Mohamed Azmin Bin Ali
Dato’ Menteri Besar Selangor

Y.B Dato’ Mohd Amin Bin¬†Ahmad Ahya
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Y.B Dato’ Noordin bin Sulaiman
Pegawai Kewangan Negeri

Ketua Pegawai Eksekutif

YM Raja Shahreen Bin YM Raja Othman

Ketua Pegawai Operasi

Soffan Affendi Bin Aminudin